Rabu, 07 Desember 2011

Budaya berpasangan dewasa ini semakin menular di kalangan remaja modern masa kini



Budaya ini yang lebih dikenali sebagai “couple” ini amat mempengaruhi gaya hidup golongan berdarah muda ini. Memang tidak dapat dinafikan ramai orang atau suara majority memandang perkara ini sebagai sesuatu yang negatif, yang boleh menjurus ke arah gejala gaya hidup tidak sihat. Tetapi, saya berpendapat yang budaya ini juga sedikit sebanyak juga memberi impak positif di dalam diri remaja.

Alasan utama saya berkata demikian ialah melalui pergaulan atau hubungan antara lelaki dan perempuan ini, secara tidak langsung perangai atau kelakuan seseorang individu itu khususnya kaum lelaki akan menjadi baik secara mendadak. Mereka akan berusaha untuk menjadi yang terbaik di kalangan kawan-kawan untuk menambat hati pasangan masing-masing. Ini seterusnya berjaya mengurangkan kadar masalah disiplin di sekolah.

Selain itu, jika dipndang daripada aspek lain, budaya “couple” ini boleh membantu individu untuk terus maju dalam bidang akademik. Hal ini boleh terjadi apabila pasangan masing-masing menjad sumber inspirasiuntuk mencapai kejayaan. Masing-masing akan berlumba dalam pelajaran untuk mendapat keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan atau ujian yang dijalankan. Pasangan ini juga boleh saling membantu jika menghadapi sebarang masalah.

 Begitu juga dalam bidang sukan. Pasangan akan menjadi pembakar semangat untuk memenangi sesuatu sukan yang dipertandingkan itu. Secara tidak langsung, fenomena ini dapat mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan remaja masa kini. Masalah-masalah sosial yang semakin teruk kini setidak-tidaknya berjaya dikurangkan.


Ramai orang berpendapat yang budaya ini tidak elok atau tergolong dalam gejala kurang sihat kerana satu sebab sahaja iaitu remaja tidak mampu untuk membuat atau mengimbangi dua perkara dalam satu masa. Tetapi, kajian sains yang dijalankan membuktikan yang manusia mampu melakukan apa-apa sahaja selagi mereka berada dalam keadaan waras dan berakal. Dan jika dilihata daripada segi logical, manusia dikurniakn tuhan dengan dua belah otak iaitu otak kiri dan otak kanan yang boleh berfikir apa yang patut dilakukan. Jadi, gunakanlah ia semaksimum yang mungkin. Tiada pa yang mustahil dalam dunia ini.

Daripada pengalaman saya, terdapat juga pihak atau individu yang berjaya dalam kedua-dua perkara tersebut. Perkara tersebut yang saya maksudkan ialah berjaya dalam percintaan dan pelajaran. Jadi, saya rasa tiada masalah jika budaya berpasangan ini terus wujud dan diamalkan dalam diri anak-anak muda masa kini kerana budaya ini walaupun dikatakan mempunyai unsur negatif tetapi terselit di dalamnya unsure positif yang sihat. Ingat, tidak semestinya sesuatu yang buruk itu tiada kebaikan. Setiap yang ada di dunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Gunakanlah akal fikiran untuk menilai sesuatu perkara itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar